LAPORAN aktivti zapin
PERINGKAT
kampung murni jaya 2016
Disediakan Oleh:
Biro Sosial Kebudayaan dan Warisan
JKKKMJ
LAPORAN bulanan
aktiviti zapin
dibawah biro sosial
kebudayaan dan warisan jkkkmj 2016
LAPORAN PROGRAM
1. Nama Program : Latihan Zapin
2. Tarikh : Bulan
10-12 bagi tahun 2016
3. Hari/Masa : Setiap hari
Sabtu/4.30 ptg-6.30 ptg
4. Tempat : Dewan
Besar Kampung Murni Jaya.
5. Objektif :
5.1 Mendidik anak –anak penduduk Kampung Murni Jaya menceburi bakat dalam tarian
tradisional zapin seawal dari bangku sekolah.
5.2 Menyemai dan menanam sikap berdisiplin iaitu kerja berpasukan dalam tarian
tradisional zapin.
5.3 Mencungkil bakat dan minat dalam bidang tarian tradisional.
5.4 Mengalakkan aktiviti kebudayaan dan kecergasan yang berupa memupuk perpaduan
yang erat dalam komuniti serta mewujudkan persekitaran yang harmoni antara
penduduk kampung.
6. Sasaran 6.1 Remaja dan
kanak-kanak sekitar Kampung Murni Jaya.
7. Butiran Aktiviti:
Kampung Murni Jaya dibawah pentadbiran JKKKMJ telah mewujudkan Kelab atau Persatuan Zapin
sejak turun temurun lagi. Setiap tahun aktiviti zapin diteruskan bermula
latihan daripada peringkat kanak-kanak sehingga lah peringkat remaja. Namun
begitu tarian zapin memerlukan pelapis agar tidak pupus dek zaman.
Pada tahun 2016 aktiviti zapin di peringkat
Kampung Murni Jaya masih diteruskan seperti sediakala. Penyelaras kelab Zapin
iaitu Pn Tugiyem binti Yahya sentiasa mengikuti perkembangan dari semasa ke
semasa berkaitan dengan latihan zapin yang diadakan setiap minggu iaitu pada
setiap hari Sabtu. Sambutan keahlian
zapin yang terdiri daripada beliawanis dan kanak – kanak begitu membanggakan.
Dengan bimbingan dan tunjuk ajar oleh penyelaras kelab zapin bersama tenaga
pengajar dari pihak luar maka dapat lah diwujudkan aktiviti latihan zapin yang
kondusif dan beretika dengan konsep tradisonal.
8.
Penilaian Program:
8.1 Kekuatan Program : Penyelaras
kelab zapin bersama
dengan tenaga pengajar daripada luar membimbing peserta zapin .
8.2
Kelemahan Program : Masih terdapat
beberapa peserta zapin yang pernah menyertai tidak dapat membuat tarian dengan sempurna.
8.2 Cadangan Penambahbaikan: Memperbanyakkan
aktiviti
latihan pergerakan zapin agar tarian zapin di seragamkan dengan sempurna.
9.
Dokumentasi bergambar: Rujuk Lampiran
Disediakan Oleh:
MAIZAN BIN MOHAMAD
Biro Sosial Kebudayaan
Dan Warisan JKKKMJ 2016
lampiran bergambar
Sesi Latihan zapin diadakan
setiap minggu di dewan besar
Kampung Murni Jaya
3 ulasan:
Wow ada zapin
Terima kasih kepada saudara. welcome to Kampung murni jaya
Tahniah.. Teruskan usaha memartabat warisan kebudaaan bangsa kita
Catat Ulasan