LAPORAN aktiviti kompang
PERINGKAT kampung
murni jaya 2016
Disediakan Oleh:
Biro Sosial Kebudayaan dan Warisan
JKKKMJ
LAPORAN bulanan aktiviti kompang
dibawah biro sosial kebudayaan dan
warisan jkkkmj 2016
LAPORAN
PROGRAM
1.
Nama Program : Latihan kompang
2.
Tarikh : Bulan
10-12 bagi tahun 2016
3.
Hari/Masa : Setiap hari
Jumaat
4.
Tempat :Dataran
Kampung Murni Jaya.
5.
Objektif :
5.1 Memupuk anak –anak penduduk Kampung Murni Jaya
menyertai bermain kompang seawal dari bangku sekolah.
5.2 Menyemai dan menanamsikap bekerjasama iaitu kerja berpasukan dalam
bermain kompang .
5.3 Mencungkil bakat dan minat dalam bidang
permainan kompang tradisional.
5.4 Mengalakkan aktiviti kebudayaan dan kecergasan dengan
adunan peralatan kompang serta
mewujudkan persekitaran yang harmoni antara penduduk kampung.
6.
Sasaran 6.1 Remaja dan
kanak-kanak sekitar Kampung Murni Jaya.
7.
Butiran Aktiviti:
Kampung
Murni Jaya dibawah pentadbiran JKKKMJ
telah mewujudkan Kelab atau Persatuan Kompang dengan kerjasama Belia
Jati sejak turun temurun lagi. Setiap tahun aktiviti kompang diteruskan bermula
latihan daripada peringkat kanak-kanak sehingga lah peringkat remaja. Namun
begitu latihan kompang memerlukan pelapis agar aktiviti ini dapat diteruskan dari
semasa ke semasa.
Pada tahun 2016 aktiviti kompang di peringkat
Kampung Murni Jaya masih diteruskan seperti sediakala. Penyelaras persatuan
Mohd Zaini bin Bahrom serta jurulatih utama iaitu Muhammad Amierul bin Mohktar
sentiasa mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa sama seperti persatuan
lain yang diadakan setiap minggu iaitu pada setiap hari Jumaat. Sambutan keahlian kompang juga yang terdiri
daripada belia dan remaja begitu membanggakan. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar
oleh penyelaras persatuan kompang dan jurulatih yang berwibawa maka dapat lah diwujudkan
aktiviti latihan zapin yang kondusif dan beretika dengan konsep tradisonal.
Selain itu
juga persatuan kompang dari kampung Murni Jaya ini selau mengikuti
majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan yang mana mereka akan
bermain kompang mengiring ketibaan para rombongan ke majlis perkahwinan.
Pelbagai lagu yang dimainkan di majlis-majlis keramaian.
Persatuan
kompang yang mempunyai keahlian seramai 20 orang in pernah mengikuti
pertandingan kompang peringkat daerah Kulai pada bulan bulan 9 tempoh hari.
Dengan rasa bangga persatuan kompang yang terdiri daripada Kampung Murni Jaya
ini telah diiktiraf sebagai Johan dalam pertandingan tersebut sekaligus
menaikan nama Kampung Murni Jaya dipersada masyarakat luar.
8. Penilaian Program:
8.1 Kekuatan Program : Penyelaras Kompang sentiasa menitik berat latihan kompang dengan kehadiran penuh ahli kompang
8.2
Kelemahan Program : Masih terdapat
beberapa peserta baru yang memerlukan latihan secukupnya untuk mengayakan bunyi kompang yang padu.
8.2 Cadangan
Penambahbaikan: Memperbanyakkan aktiviti
latihan kompang dengan
kepelbagaian lagu dan rentak yang sesuai mengikut zaman
9. Dokumentasi bergambar: Rujuk Lampiran
LAMPIRAN
BERGAMBAR
AKTIVITI KOMPANG OLEH
PERSATUAN KOMPANG KAMPUNG MURNI JAYA DI MAJLIS KERAMAIAN
Latihan kompang diadakan setiap hari jumaat didataran Kampung Murni Jaya
3 ulasan:
ehemmm...ehemm ..!! Macam ni la baru betol.. dah ade kemajuan dalam ICT dalam kampung..! Bagus pada Biro ICT info maklumat dan Biro Sosial Kebudayaan & Kesenian JKKKMJ. Tapi..
.
Biro biro yang lain macam mana pula? belum ada sebarang bentuk laporan..!?
.
.
Yang Peka kepada kemajuan kampung.
(Hamba Allah)
Selamat datang.
Biro biro selain dari Biro Sosial Kebudayaan dan Kesenian juga telah di maklumkan. Wakil biro sedang mengumpul dan memilih segala laporan yang perlu di beri pada Biro ICT JKKKKMJ untuk di masuk kan di blogger ini. Harap Maklum. Sekian Terima Kasih.
Assalamualaikum ..
ada tak sapa2 kat sini yg terer main kompang dan tahu asas2 kompang ?? boleh tak emel sy? urgent.
Catat Ulasan