Info Semasa

Selamat Datang Ke Blog Kampung Murni Jaya (Mukim Sadenak)


Selasa, 1 November 2016

Catatan Mesyuarat Cadangan Aktiviti dan Isu pada 23 April 2016 - Biro Agama & Sivik JKKKMJ



Biro Agama JKKK Kampung Murni Jaya (Mukim Sedenak)
81850 Layang Layang, Johor Darul Takzim.
.............................................................................................................

LAPORAN BIRO AGAMA DAN SIVIK
JKKK KAMPUNG MURNI JAYA


Per: Catatan Mesyuarat Biro Agama dan Sivik pada 23 April 2016
Cadangan Aktiviti dan Isu. 

1.     Senarai Jawatankuasa:
Jawatankuasa yang hadir bersetuju dengan cadangan melantik wakil imam, pengerusi-pengerusi masjid dan surau sedia ada sebagai ahlijawatankuasa biro (atas nama jawatan masing-masing) dengan tambahan wakil-wakil penduduk mengikut kawasan/jalan dan wakil wanita.

Kehadiran mesyuarat:

Hj. Shahrom bin Sukari
En. Jumaat bin Hj. Jonit
En. Mohamed bin Harjo
En. Safiee bin Johari
En. Rosdi bin Zuriat (wakil imam)
En. Saifullnizam

2.       Cadangan Aktiviti

2.1               Membersihkan Kawasan Perkuburan dan Masjid (bekerjasama dengan jawatankuasa masjid dan belia). Mesyuarat bersetuju supaya murid sekolah kebangsaan dan agama (tahap 2 – darjah/tahun 4, 5 dan 6 dilibatkan – boleh libatkan atas aktiviti kokurikulum- maklumkan kepada sekolah dengan bersurat).

2.2               Punggahan Perdana di masjid – kerjasama dengan masjid – peringatan – awal puasa pada 6 Jun. (diingatkan juga agar tidak berlaku pertindihan nama / nama penyumbang / mereka yang terlibat disebut lebih daripada sekali seperti yang telah berlaku yang lepas).

2.3               Ceramah Agama – membincangkan isu semasa – dilaksanakan 3 bulan sekali, dengan digilirkan untuk diadakan di Dataran Seri Murni, dan di surau-surau.

2.4               Aktiviti Kemasyarakatan: bimbingan kehidupan keluarga, mendalami keagamaan, solat dan quran, serta bimbingan dan latihan solat, serta kursus sembelihan dan kursus pengurusan jenazah.

3.       Isu :

3.1               Bagaimana mengawal kanak-kanak yang suka bercakap ketika jumaat (sebelum semasa khatib membaca khutbah).


CATATAN: semua aktiviti adalah merupakan aktiviti JKKK dengan pengelolaan utama oleh biro, dan segala cadangan aktiviti adalah tertakluk kepada pindaan pleh JKKK.


Laporan:
HJ. SHAHROM BIN SUKARI
(Pengerusi Biro Agama Dan Sivik JKKK Kampung Murni Jaya Mukim Sedenak).

06/05/2016

.......................................................................................................................................................
'Footnote'

Dimuat Oleh;
Shad
Admin Blog JKKK Kampung Murni Jaya (Mukim Sedenak)

Tiada ulasan:

Pengikut