BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
JKKK KG MURNI JAYA, KULAI
Pengerusi : Khirominshah Bin Mafford
Naib Pengerusi : Zakiah binti Ayub
Setiausaha : Sharifah Binti Salleh
Ahli-ahli Jawatan kuasa
- Puan Zakiah Ayub - Program & Latihan Masyarakat
- Puan Sharifah Salleh - Pra Sekolah dan Ehwanita
- En Maizan - Ehwal Belia dan Perkakasan IT
- En Arshad - Unit Teknikal dan Perisian
- En Muhammad Nazmi - Pengkalan data & Media Sosial
- Puan Tugiyem Yahya - Tugas Khas dan Seranta
Tugas dan Tanggungjawab
- Mengumpul data berkenaan IT dan sumber-sumber IT di Kg Murni Jaya
- Merancang dan menjalankan aktiviti ke arah masyarakat yang celik IT .
- Memberi kesedaran sosial akan menafaat dan ancaman siber.
- Menggalakkan penggunaan teknologi terkini dan menerapkan budaya berteraskan maklumat dalam aktiviti seharian.
- Menjalankan latihan kemahiran komputer dan ICT terhadap masyarakat.
- Merangsang penggunaan perkakasan digital secara produktif dan beretika.
- Meningkatkan sosio ekonomi masyarakat melalui penggunaan ICT secara optimum.
- Menjadi organisasi rujukan bagi segala kegiatan berkaitan teknologi maklumat khususnya bagi seluruh penduduk Kg Murni Jaya dan daerah sekitar Layang-Layang dan Kulai.
- Bekerjasama dengan Biro-Biro dalam JKK Kg Murni Jaya dari masa ke semasa.
- Ahli Jawatan kuasa digalakkan untuk melibatkan masyarakat awam dalam aktiviti yang dijalankan.
- Segala maklumat dan gambar hendaklah dimasukkan ke Halaman Facebook Kg Murni Jaya untuk tujuan rekod. - https://www.facebook.com/kgmurnijaya/
- Setiap Jawatatankuasa merupakan pengerusi bagi bidang tugas yang dinyatakan dan bertanggung jawab serta diberi kebebasan untuk membentuk jawatan kuasa kecil bagi memastikan biro berfungsi dengan jayanya,
PERANCANGAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN
BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
JKKK KG MURNI JAYA, KULAI
- Latihan ICT sepanjang tahun di Pusat Transformasi Luarbandar (RTC). – Sila rujuk jadual latihan melalui makluman dari Facebook dan Whats Apps RTC Kg Murni Jaya.
- Mengemaskini segala kegiatan berkaitan pentadbiran dan isu masyarakat di dalam Halaman Facebook Kg Murni Jaya. – Sila klik ‘Like’ pada pautan https://www.facebook.com/kgmurnijaya/
- Menggalakkan penggunaan aplikasi di atas talian bagi urusan berkaitan kerajaan dan swasta dengan mengunjungi RTC, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Bukit Permai atau ke kediaman yang menyediakan sambungan internet bagi kegunaan masyarakat.
- Menyediakan khidmat nasihat dan bantuan ICT kepada awam.
- Menyediakan khidmat baik pulih perkakasan komputer dan alat ganti.
- Menyediakan kursus dan latihan menurut keperluan dan permintaan awam.
- Kursus Etika Penggunaan Komputer dan Perkakasan ICT.
- Latihan Asas Keusahawanan dan Memulakan Perniagaan Secara Online.
- Smart Learning Microsoft Office (Windows 8, Word, Excel & Powerpoint) – Persijilan/ Kolaborasi dengan Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi Universiti Sains Malaysia.
- Bengkel ‘Klik Dengan Bijak’
- Para penduduk kampung adalah digalakkan berhubung dengan AJK Biro ICT untuk mengaturkan sebarang kursus yang diingini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan