Biro Agama Dan Sivik JKKK Kampung Murni Jaya (Mukim Sedenak), 81850 Layang Layang, Johor Darul Takzim.
.............................................................................................................
Per : Fail Rujukan Minit Mesyuarat Biro Agama Dan Sivik : Bil:02 Sept. Siri : 02-2016-09
Tarikh : 27/09/2016
Masa : 21:00 (9.00pm)
Tempat: Masjid An Najjah Kampung Murni Jaya
Kehadiran Ajk Biro
1. Tuan Haji Shahrom Bin Sukari : Pengerusi
2. En. Jumaat Bin Marjonid : Setiausaha
3. En. Md Arif Bin Kosni : Pengerusi Surau Sri Leban
4. En. Mohammed Bin Harjoutomo : Wakil Jalan Besar
5. En. Khairul Nizam Bin Seman : Wakil Jalan Besar
6. En. Safiee Bin Johari : Wakil Jalan Melor
7. En. Mohd Mahzam Bin Haji Saadon : Wakil Jalan Cempaka
Bil Perkara Catatan
1.0 Bacaan Doa : Tuan Pengerusi. Makluman
2.0 Ucapan Kata Aluan : Tuan Pengerusi. Makluman
3.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu. : Tiada Setiausaha
4.0 Perkara Berbangkit : Tiada Organisasi
5.0 Mengesahkan Penyata Kewangan : Tiada Bendahari
6.0 Organisasi Semua
1.0. Tuan Pengerusi mencadangkan ibadah korban JKKK-MJ melalui Biro Agama Dan Sivik.
1.1. Untuk permulaan di buat 1 kumpulan dengan 7 orang peserta.
1.2. Seorang Peserta di kenakan bayaran RM 65.00 seorang selama 10 bulan.
(RM 65.00 x 1 = RM 650.00) + (RM 650.00 x 7 = RM 4550.00)
1.3. Tarikh mula pendaftaran dan pembayaran pada bulan Muharram 1438H.
1.4. Pembayaran dan duit korban di urus oleh En. Mohammed Bin Harjoutomo atas cadangan En. Mohd Mahzam Bin Haji Saadon dan di sokong sebulat suara.
1.5. En. Mohammed Bin Harjoutomo mencadangkan ibadah korban di buat di perkarangan kawasan Masjid An Najjah Kg. Murni Jaya.
1.6. Pembahagian daging korban di utamakan kepada fakir miskin dan keduanya kepada penduduk Kampung Murni Jaya.
2.0 Pengerusi membincangkan hal berkaitan Ceramah Bulan yang telah bermula dari Dataran
Murni Jaya.
2.1 Akan bergerak ke surau surau dan masih dalam perbincangan bagi mendapatkan persetujuan dari Ajk surau surau.
3.0 Tuan Pengerusi mencadangkan di adakan Qiamulail 1 malam bagi permulaan di
Masjid An Najjah.
4.0 Tuan Pengerusi memaklumkan untuk mencari pembantu bagi membersihkan kawasan dalam
dan luar Masjid An Najjah.
7.0 Aktiviti
1.0 Program: Sambutan Awal Muharam 1438H
Anjuran: Biro Agama Dan Sivik.
Tempat: Masjid An Najjah Kampung Murni Jaya.
Tarikh: 02/10/2016
8.0 Lain-lain Perkara
1.0 En. Safiee mencadangkan supaya perbanyakkan program-program di Masjid seperti
mengadakan kursus-kursus islamik.
1.1 En. Mohammed Bin Harjoutomo mengucapkan terima kasih atas lantikan dan kepercayaan
bagi memegang Jawatan Bendahari (Biro)
1.2 En. Mohammed Bin Hajoutomo mahu ada perbezaan antara Biro Dan Sivik dengan Pengurusan Masjid yang baru nanti (2017)
1.3 Pengurusan mencari lembu dan alat-alatan mesti di persiapkan awal-awal.(ibadah korban).
Laporan disedia oleh:
Jumaat Bin Marjonit
(Setiausaha Biro Agama Dan Sivik JKKK Kampung Murni Jaya Mukim Sedenak)
Disahkan Oleh:
Tuan Haji Shahrom Bin Sukari
(Pengerusi Biro Agama Dan Sivik JKKK Kampung Murni Jaya Mukim Sedenak)
..................................................................................................................................................
Rujukan: Fail Minit Mesyuarat Biro Agama Dan Sivik : Bil:02 Sept. Siri : 02-2016-09
(Di terima dari Pengerusi Biro Agama Dan Sivik JKKK Kampung Murni Jaya - 31/10/2016)
Di Muat Oleh:
Biro ICT Info Maklumat Dan Multimedia JKKK Kampung Murni Jaya Mukim Sedenak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan